Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA) dengan penuh sedar dan rasa tanggungjawab akan mengurus dan memberi perkhidmatan pendidikan dengan cekap, berkesan, adil dan mesra bagi menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti yang berikut:


KEPADA MURID

Sentiasa berusaha memberi dan meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan kepada setiap murid tanpa prasangka dan diskriminasi.
Sentiasa berusaha memastikan setiap murid mendapat pendidikan pada setiap waktu pembelajaran.
Sentiasa berusaha mendidik dan membentuk murid-murid berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya mereka menjadi warganegara yang mampu menangani cabaran masa hadapan.



KEPADA STAF

Berusaha menyediakan segala kemudahan dan keperluan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan selesa.
Sentiasa berusaha meningkatkan sahsiah dan kualiti kerja di kalangan guru dan kakitangan supaya dapat memberikan hasil kerja yang terbaik.



KEPADA IBU BAPA DAN MASYARAKAT

Sentiasa berusaha memberi layanan mesra dan terbaik di samping mengeratkan hubungan dan kerjasama pihak sekolah dengan ibu  bapa/penjaga dan masyarakat.



KEPADA NEGARA

Berusaha melahirkan warganegara yang seimbang bagi mengisi keperluan sumber tenaga manusia untuk pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai sektor selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.