Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan Pelajar 2010

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Pada 6 Februari 2010 telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan Pelajar bagi sesi 2010 bertempat di Dewan Mestika SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Semua pelajar telah mengambil tempat di dewan tepat jam 7.30 pagi sebaik sahaja selepas perhimpunan harian selesai.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf perlantikan kepimpinan pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pusat Akses dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT). Selain itu, majlis seumpama ini dapat meningkatkan tahap keyakinan dan motivasi dalam diri pelajar untuk melakukan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan ikhlas.

Majlis telah berlangsung dengan meriah dan para pelajar dapat dikawal dengan baik. Acara telah dimulakan dengan perarakan masuk dif - dif jemputan serta barisan kepimpinan pelajar. Bacaan ayat - ayat suci telah dialunkan oleh wakil pelajar tingkatan dua. Acara diteruskan dengan persembahan silat oleh pelajar. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Inspektor Nor Nizam daril Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Terengganu. Penyampaian Watikah dimulakan dengan ketua pelajar, iaitu Ahmad Kamil Mustaqim Bin Nor Aslan. Penolong ketua pelajar pula adalah Nor Ameerah bt Azmi.

Berikut adalah bilangan pengawas yang telah dilantik:

Bil
PengawasLP Jumlah
1
Sekolah
24
44
68
2
Pusat Sumber
7
47
54
3
Pusat Akses
5
8
13
4
Skim Pinjaman Buku Teks
4
6
10


Di harapkan majlis seumpama ini mampu melahirkan generasi pemimpin yang cemerlang dan generasi pelajar yang gemilang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus - lumus dalam menjayakan majlis ini. Sila klik di sini untuk tatapan gambar sepanjang berlangsungnya majlis.



Kali Terakhir dikemaskini (Rabu, 29 Disember 2010 20:53)