Majlis Watikah Perlantikan Barisan Kepemimpinan Sekolah

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Pada 22 Januari 2017, Majlis Watikah Perlantikan Barisan Kepemimpinan Sekolah telah diadakan jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Al Mizan. Seramai 182 orang pelajar telah dialntik yang terdiri daripada Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pengawas Koperasi dan Pembimbing Rakan Sebaya. Bacaan ikrar telah diketuai oleh Ketua Pelajar, Ahmad Afif Isyraf bin Mat Sedik.

Majlis pada kali ini telah dirasmikan oleh Mejar Rusydi Noh Bin Ramli, Ketua Kompeni Markas, mewakili pegawai pemerintah batalion ke 18 Rejimen Askar Melayu Diraja. Tetamu jemputan turut memberi kata-kata perangsang kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh serta melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Majlis berjalan lancar serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua pelajar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sila klik di sini untuk tatapan gambar sepanjang majlis berlangsung.