Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

Pada 14 Januari 2017, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah terlibat dengan Kursus Asas PRS Siri 1 bertempat di Bilik Seminar SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan penyelaras program adalah kaunselor sekolah. Antara objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada PRS tentang peranan PRS di sekolah, menambah pengetahuan dan kemahiran PRS tentang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi serta pendedahan mengenai buku log PRS. Diharapkan dengan menghadiri kursus seumpama ini, PRS akan dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaik mungkin dalam membantu sekolah melahirkan pelajar yang cemerlang serta mewujudkan suasana  yang harmoni di dalam sekolah. Sila klik di sini untuk galeri gambar semasa porgram diadakan.